Sunday, December 14, 2008

SEJARAH CHRISTIANITY

1. Before Christ come ( B.C )
2. During Christ ( D.C )
3. After Christ ( A.C )

Before Christ come ( B.C )

Sebelum Christ ( Jesus ) datang, Jewnism memonopoli dimana Jew adalah bangsa Yahudi dari keturunan Nabi Ibrahim as. Kita bercerita tentang salasilah Yahudi terlebih dahulu sebelum bercerita berkaitan kristian kerana Kristian merujuk kepada Jesus padahal Jesus adalah daripada keturunan Yahudi...
Pada mulanya, Abrahah (Nabi Ibrahim as) memperistrikan Sarah. Tetapi selepas sekian lama berkahwin tetap tidak mendapat waris (anak), maka Abrahah berkahwin dengan Hagar (Hajar) bagi mendapatkan zuriat. Dengan perkahwinan ini, berjaya mendapat anak yang diberi nama Ismael ( Nabi Ismail as).Dengan kuasa Tuhan, ketika usia Ismael menjangkau 15 tahun, isteri pertama Abrahah, Sarah melahirkan anak dan diberi nama Isaac ( Nabi Ishak as). Kemudian Isaac berkahwin dan mendapat anak yang diberi nama Jacob ( Nabi Yaakob as) dan daripada sinilah bermulanya keturunan Israil. Jacob mendapat 12 orang anak dan keluarga Jacob ini dengan 12 orang anak itu digelar Bani Israil.
Daripada 12 orang anak ini terdapat nama Levi dan Judah. Keturunan Moses ( Nabi Musa as ) bermula daripada Levi manakala keturunan Jesus ( Nabi Isa as ) bermula daripada Judah ( Judah – Jews – Jesus ). Moses telah diturunkan kepada kaum Bani Israel bagi memandu supaya Bani Israel mengikut segala perintah berpandukan Kitab Taorah yang dibekalkan kepada Moses. Bani Israel ( yahudi ) menganggapkan bahawa Moses adalah Nabi yang terhebat sehinggalah ke hari ini dan mereka menafikan kehebatan Nabi Muhammad saw walaupun mereka percaya Muhammad itu Nabi. Tetapi oleh kerana dengki dan tidak boleh menerima hakikat Nabi akhir zaman tidak diturunkan kepada mereka yang menganggap mereka adalah bangsa terpilih, maka sehingga ke hari ini mereka memerangi Islam dan agama lain. Kita bincang tentang Yahudi di lain topik. Berbalik kepada Moses tadi, Allah telah melantik Moses sebagai Nabi kepada kaum Yahudi dan dikurnia Torah ( kitab taurat ) yang mana Torah adalah undang-undang daripada Allah untuk membimbing Bani Israel. Dalam Torah disyarahkan 613 perkara yang boleh buat dan 613 perkara yang tidak boleh buat.

During Christ ( D.C )

Selepas 1300 tahun kematian Moses, kaum Bani Israel mula terpesong dadipada ajaran yang dibawa oleh Nabi mereka. Maka daripada itu Allah menghantar Jesus ( Nabi Isa as ) bagi memandu Bani Israel kembali kepada undang-undang yang dibawa Moses dulu. Jesus dikurniakan Injil dimana ajaran berkaitan Tauhid dan undang-undang adalah sama ceritanya seperti Moses tetapi yang membezakan hanyalah dari sudut Syariah kerana perbezaan zaman dan suasana. Kita bercerita pula tentang Jesus...
Jesus menyampaikan dakwahnya di “Temple of Jews” ( kalau sekarang ini sepertinya masjid ) kepada semua Bani Israel untuk kembali kepada Tauhid dan undang-undang apa yang disampaikan oleh Moses dulu kepada umatnya. Sepanjang penyampaian Jesus kepada Bani Israel, tidak sekali pun menyebut atau mengajar tentang Triniti seperti apa yang Kristian sampaikan pada hari ini. Malah sepanjang penyampaian Jesus, tidak pernah sekalipun Jesus menyebut tentang Kristian. Tetapi apa yang Jesus sampaikan adalah satu perkara yang mudah dan pada ketika itu ramai yang mengikuti bersama-sama dengan apa yang Jesus bawa.
Sebelum pergi jauh mari kita lihat cerita Jesus disebalik Bible. Mengikut Bible, Jesus/Isa (as) dilahirkan dalam tahun 4 SM! Tiada rekod mengenai beliau sehingga usahanya mencecah 30 dan di ”baptis” oleh John the Baptist. Mukjizat pertamanya ialah menukarkan air menjadi wain (bertentangan dengan kenyataan Al-Qur’an, di mana mukjizat pertama beliau ialah kebolehan berkata-kata semasa masih bayi, sebagai satu cara untuk menafikan fitnah ke atas ibunya).
Beliau sentiasa ditentang oleh orang ramai dan pertubuhan2 agama. Akibatnya, da’wah beliau tidak begitu berjaya. Kebanyakkan penganut Kristian mengaitkannya dengan mukjizat2 seperti menhidupkan yang mati, menyembuhkan pesakit kusta, memberi penglihatan kepada orang buta dan lain-lain. Yang lebih penting, dia ada menyatakan kedatangan seorang rasul terakhir “the Comforter” iaitu Muhammad (saw).
Beliau mempunyai 12 orang pengikut yang digelar sebagai “apostles” ( hawari ataupun pengikut Jesus yang dihantar olehnya untuk mengajarkan ajarannya ). Seorang daripada mereka, Judas, telah berpaling-tadah dan menyebabkan beliau ditahan pihak berkuasa ketika itu. Mengikut kepercayaan Kristian, Jesus ditangkap dan disalib oleh kerajaan Roman. Tiga hari kemudiannya, beliau hidup semula dan kembali bersama pengikut-pengikutnya selama 40 hari sebelum naik ke syurga (asas kepada perayaan Easter).
Pengikut-pengikut Jesus selepas ketiadaannya dikenali sebagai “Jesus Movement” dan beribadat di synagogue. Perkataan “Movement” untuk Yahudi merujuk kepada mazhab-mazhab di dalam Judaism.
Segalanya berubah apabila Paul (asalnya Saul, seorang paderi Pharisee yang anti-Jesus) mendakwa dirinya sebagai pemimpin kepada bukan-Yahudi (Gentiles) dan mula memutar-belitkan pengajaran-pengajaran Jesus. Dia telah memberi makna baru kepada kematian Jesus, iaitu “Jesus adalah Tuhan”, “Dia mati untuk menebus dosa-dosa kita”, “’Salvation’ hanyalah dengan kepercayaan kepada Jesus”. Kesemuanya ini bertentangan dengan pengajaran-pengajaran asas “Jesus Movement”.
Akhirnya doktrin Paul (Christology) mendapat sambutan ramai, sekali gus menggantikan “Jesus Movement” sebagai badan utama yang mewakili pengajaran-pengajaran Jesus. Oleh kerana pengajaran Paul bertentangan dengan kepercayaan monotheisma orang Yahudi, mereka tidak lagi dibenarkan beribadat di dalam synagogue.
Lama-kelamaan, pengajaran kristian Paul berkembang dan semakin ramai di bawah Empayar Roman yang memeluk agama baru ini. Serentak itu, hierarki agama, gereja-gereja dan sistem paderi ditubuhkan. Ia adalah satu pengajaran agama yang masih berkembang dan terdapat banyak kepercayaan-kepercayaan yang berbeza di dalam dunia Kristian. Salah satu konflik theology kristian ialah di antara Arian (sila lawati en.wikipedia.org/wiki/Arianism) dan Athanasius tentang siapakah Jesus yang sebenarnya, Tuhan atau sebaliknya.
“The First Council of Nicaea” seramai 325 orang telah berhimpun untuk menyelesaikan isu ini. Ia dipengerusikan oleh Constantine, Maharaja Empayar Roman yang baru memeluk agama Kristian. Walaupun 318 Bishops bersetuju dengan Arian (bahawa Jesus bukan Tuhan), pandangan Athanasius (bahawa Jesus adalah Tuhan) lebih dipercayai oleh Constantine (yang masih dipengaruhi dengan kepercayaan “pagan”), dan akhirnya ia diterima oleh majlis (“The First Council of Nicaea”). Majlis dengan itu menyimpulkan bahawa Jesus adalah Tuhan and Jesus adalah anak Tuhan. Mereka juga bersetuju untuk mengumpulkan kesemua buku-buku sebagai satu kitab suci, hanya selepas 300 tahun selepas Jesus.

After Christ ( A.C )

Selepas 7 tahun peristiwa penyaliban ( curification ), hadir seorang yang menyatakan dirinya adalah jelmaan ( wakil ) Jesus iaitu Paul. Dia menggelarkan dirinya Nazarene. Paul adalah seorang romance iaitu bangsa Greek. Paul memberitahu kepada semua bangsa Yahudi bahawa beliau ini dihantar oleh Jesus bagi menggantikannya untuk memandu Bani Israel. Paul mengajarkan beberapa perkara iaitu ;
Semua manusia mewarisi dosa Adam ( Original Sin )
Mereka percaya bahawa Adam dikeluarkan daripada syurga kerana memakan buah epal yang telah dilarang oleh tuhan daripada memakannya. Tetapi oleh sebab godaan daripada Hawa, maka Adam melanggar perintah dan memakan epal tersebut. Daripada peristiwa itu Adam dan Hawa dikeluarkan daripada syurga dan daripada peristiwa itu juga seluruh anak keturunan Adam mewarisi dosa-dosanya. Pelik, sepertinya ayah buat salah, anak yang kena hukum. Dan bagi mereka setiap bayi yang lahir mewarisi dosa mereka...
Kepercayaan ini berdasarkan ayat2 di dalam Bible seperti berikut: RO 5:12, RO 3:23, 1COR 15:22
Al Qur’an pula menolak kepercayaan ini melalui:
AQ 4:111-112, 17:15, 35:18, 39:7, 53:38
Anehnya, di dalam Bible, terdapat juga kenyataan2--kenyataan yang menolak konsep dosa yang diwarisi, contohnya:
EZE 18:20, DEU 24:16, 2 KI 14:6, JE 31:30, 1 COR 3:8, PRO 9:12, JOB 19:4, GAL 6:5, MARK 2:17, 10-14, LUKE 13:3, JOHN 9:2-3
Jesus mati/penyaliban kerana menghapuskan Dosa Warisan ( Crucifiction )
Kematian Jesus adalah kerana untuk menghapuskan dosa warisan ini. Itulah apa yang dikatakan Paul. Mereka kena percaya bahawa semua yang lahir di dunia ini telah mempunyai dosa. Dan cara untuk menghapuskan dosa ini hanyalah dengan meyakini Jesus mati disalib adalah satu pengorbanannya untuk menghapuskan dosa manusia. Tetapi bagi yang tidak mempercayainya, maka dosa mereka tidak dihapuskan. Sebab itu orang-orang Christian yang melakukan dosa dan kaedah untuk menghapuskan dosa adalah dengan pergi gereja dan berjumpa dengan paderi ( wakil tuhan ). Paderi hanya akan bertanyakan satu soalan kepadanya, “adakah kamu percaya dan meyakini penyaliban Jesus adalah kerana hendak menghapuskan dosa kalian? Dia pun menjawab, Ya. Maka dosa kamu telahpun dihapuskan. Selesai dosanya... esok buat lagi. Berbeza dengan ajaran Islam, setiap manusia yang lahir itu bersih dan suci.
Kristian percaya Jesus disalib selama 3 hari dan 3 malam. Penyaliban ini penting kerana ia adalah sebagai menebus dosa seluruh umat manusia.
Bible menyatakan:
1 COR 15:14
Al-Qur’an menolak dan menerangkan peristiwa yang sebenarnya:
AQ 4:157-158
Di dalam Bible, terdapat banyak kenyataan2 yang bertentangan mengenai doktrin ini:
MAT 12:38-40, LUKE 20:27-36, 1 COR 15:35&42, MARK 16:9, MAT 28:9, 1 COR 15:5-8, JOHN 20:26-28, 21:1-24, 28:16-17, ACTS 1:2-9
Jesus anak Tuhan ( Divine Sonship of Jesus )
Disebabkan kelahiran Jesus tanpa bapa, maka Paul membawa ideologi menanamkan kepercayaan bahawa bapa Jesus adalah Tuhan. Maka daripada itu mereka menganggap Jesus adalah anak Tuhan.
Ini dinyatakan di dalam Bible:
JOHN 3:16, MAT 3:17
Al-Qur’an dengan keras menolak kepercayaan ini kerana Allah tidak boleh disekutukan:
AQ 9:30, 112:3, 5:59, 19:88-92
Di dalam Bible, ramai juga nabi2/rasul2 yang lain yang dirujuk sebagai “Son of God” atau “Anak Tuhan” (seperti Adam, David/Daud, Soloman/Sulaiman dan ramai lagi):
GEN 6:2, EXO 4:2, ROM 8:14, JER 31:9, GEN 6:4, MAL 2:10, LUKE 3:38, MAT 6:9, 2 COR 6:18
Jesus adalah Tuhan ( Jesus is Divine )
Oleh kerana mereka menganggap Jesus anak Tuhan, maka Jesus adalah Tuhan. Mereka juga menganggap bahawa Jesus adalah jelmaan Tuhan di dunia. Dan dikatakan Jesus mengaku bahawa dirinya adalah Tuhan..
Al-Qur’an mencabar hujah yang mempersoalkan keesaan (Tawhid) Allah:
AQ: 5:72
Al-Qur’an menyatakan Isa (as) hanyalah seorang nabi yang menyampaikan seruan Islam:
AQ 3:52
Di dalam Bible juga terdapat kenyataan2 Jesus yang menerangkan kenabiannya:
JOHN 14:24, 14:28, 10:29, 5:37, 5:30, MAT 12:28, 5:17-20, LUKE 11:20, MARK 13:32, 12:29, HOS 11:9
Triniti
Kristian percaya Tuhan itu satu, tetapi mempunyai 3 entiti – Tuhan Bapa, Anak Tuhan dan “Holy Ghost” (Ruhul Qudus)
1 JOHN 5:7
Perkataan trinity tiada di dalam Bible tetapi disebut di dalam Al-Qur’an:
AQ 5:73, 4:171
Konsep ini adalah satu rekaan Kristian, sedangkan Bible sendiri menolaknya:
DEU 6:4, PSA 86:10, ZEC 14:9, 1 COR 8:4, EPH 4:6, 1 TIM 2:5, MARK 12:29, ISA 41:4, 43:3, 43:11, 44:6, 45:16, 46:9
Kesimpulannya, doktrin kristian ini (“Kristian Paul”) telah terpesong jauh dari mesej keesaan Tuhan (Tawhid) yang dibawa oleh dibawa oleh Isa (as).
Tetapi malangnya Bangsa Yahudi seluruhnya tidak menerima apa yang disampaikan dan tidak mempercayai langsung apa yang dibawa oleh Paul. Akibat dari penolakan itu, Paul berasa sangat kecewa dan akhirnya Paul menyampaikan ajarannya kepada bangsanya iaitu Bangsa Greek. Sebelum ini Bangsa Greek menyembah berhala iaitu patung-patung. Paul memberitahu apa yang dibawanya adalah daripada ajaran Jesus. Tetapi semasa berdakwah, Bangsanya ada memberikan beberapa syarat sekiranya ingin mereka menjadi pengikut Paul. Diantara syaratnya adalah pertama menghalalkan memakan Babi dan yang keduanya ialah boleh melakukan apa yang dilarang dalam Injil.
Bagi mendapatkan pengikut, maka Paul menyimpang daripada kebenaran dan menerima syarat yang dikemukakan oleh bangsanya hanya kerana Paul inginkan pengikut. Dan bermula daripada sinilah lahirnya kelompok Christian. Persoalannya, bagaimana nama Christian itu boleh dapat? Siapa yang mencipta? Adakah nama Christian itu adalah wasiat daripada Jesus supaya nama itu digunapakai untuk agama?
Sebenarnya nama Christian ini bukanlah disampaikan daripada Jesus malah Jesus langsung tidak pernah terkeluar dari mulutnya perkataan Christian sepanjang hidupnya. Tetapi nama Christian asalnya daripada penterjemahan bahasa. Di dalam al-Quran ada menyebutkan Isa Putra Maryam adalah al-Masih iaitu dimaksudkan sebagai penyelamat. Ketika zaman Jesus menggunakan bahasa Hebrew dan al-Masih dimaksudkan sebagai Messiah iaitu penyelamat. Bani Israel menggelarkan Jesus sebagai Messiah pada ketika itu. Tetapi selepas kehadiran Paul, beliau merupakan bangsa Greek telah menggantikan Messiah kepada bahasa Yunani yang bermaksud Cristos. Apabila ajarannya sampai ke negara England, orang di sana pula menukarkan daripada bahasa Yunani kepada bahasa England. Daripada Cristos kepada Christ. Maka lahirlah Christian daripada sini.
Bagaimana pula Isa boleh menjadi Jesus?
Isa – Iso – Yeshua ( Hebrew ) – Yesus ( Yunani ) – Jesus ( England )
Bible pulak macam mana? Yang pastinya Bible bukan Injil... Kitab Suci agama Kristian, Bible, terdiri daripada 2 bahagian, iaitu Kitab Perjanjian Lama (Old Testament)(sila lihat Judaisma) and Kitab Perjanjian Baru (New Testament). Kitab Perjanjian Lama mengandungi 39 buah buku. Sebenarnya isi-isi dalam perjanjian lama ini adalah isi-isi yang terdapat didalam Torah ( Taurat ) dan isi yang sebelum kedatangan Jesus ( BC ). Kitab Perjanjian Baru pula mengandungi 27 buah buku (bagi kristian Catholics, terdapat 6 buah buku tambahan). Empat buah buku yang pertama, Matthew, Mark, Luke and John dirujuk sebagai Synoptic, secara amnya berkisar tentang kehidupan Jesus. Buku Acts adalah mengenai pengikut Jesus selepas pemergiannya. Roman, 1 Corinthians, 2 Corinthians, Galatians, Ephesians, Philippians, Colossians, 1 Thessalonians dan 2 Thessalonians adalah hasil penulisan Paul. Buku-buku lain dari Timothy ke Revelation pula tidak diketahui penulisnya. Ini bermakna segala isi dalam Perjanjian Baru adalah hasil penulisan orang-orang tertentu isitu ketika During Christ ( DC ) & After Christ ( AC ). Maknanya disini bagi Old Testament adalah Hebrew Bible manakala New Testament adalah Greek Bible.
Perlu diingatkan Bible bukanlah kitab Injil yang telah diubah atau ditokok-tambahkan. Kitab2 asal Taurat, Zabur dan Injil telah lama lenyap. Apa yang terkandung di dalam Bible adalah himpunan catatan-catatan yang telah diubah dan ditokok-tambahkan. Di dalam Bible, “kata2” Jesus dicetak dengan teks berwarna merah.
Oleh kerana didalam Bible adalah himpunan catatan-catatan semata-mata, maka bangsa Greek menggelarnya sebagai Biblios yang bermaksud himpunan buku-buku ( collection of books ). Orang England pula menukarkannya kepada bahasa mereka menjadi Bible...Biblion ( Yunani ) – Bible ( England )
Untuk pengetahuan, didalam Bible ada 2 bentuk tulisan iaitu warna Merah dan warna Hitam. Tulisan warna merah adalah kata-kata daripada Jesus manakala tulisan berwarna hitam bukanlah kata-kata daripada Jesus. Dalam sejarah Bible, isi kandungan MARK adalah penulisan 70 tahun selepas Christ ( AC ) manakala kandungan dalam MATTHEW ( 80 AC ) adalah salinan ( cerita yang sama ) daripada MARK dan kandungan dalam LUKE ( 80 AC ) salinan ( cerita yang sama ) daripada MATTHEW. Tetapi yang peliknya dalam isi kandungan LUKE ( 100 AC ) adalah langsung berbeza cerita dengan ketiga-tiga kandungan sebelum ini.