Thursday, October 9, 2008

IFTAR - MAJLIS BERBUKA PUASA

"Iftar tu ape bang?"


" Bang, khamis ni de iftar x?"


" Bang, saya x pose la segan nak join..."


"Kalau nak datang boleh x bang? tapi saya x pose. Boleh ke?"


Paling best soalan...


"Saya nak join tp xde duit la bang..."


ada banyak lagi soalan2 yang diterima...ni sebahagian je.

Iftar ni maksudnya berbuka puasa..tu dalam bahasa arab..


Kenapa iftar buat hari khamis?


sunnah Rasulullah saw berpuasa setiap hari isnin dan khamis... jadi kami mengambil kesempatan untuk mengamal sunnah Rasul saw secara berjemaah. kerana kalau buat ramai-ramai (berjemaah) lebih rasa kuat kalau nak bandingkan buat sorang-sorang. lagipun akhir zaman ini sunnah Rasulullah saw semakin dilupakan dan terpinggir. Maka Rasulullah saw telah berjanji kepada umatnya diakhir zaman, siapa-siapa yang mengamalkan sunnah rasul saw dikala orang ramai melupakannya, maka kejayaan bagi mereka dan pahalanya umpama berjihad dijalan Allah walau mengamalkan sunnah ku yang kecil tetapi istiqamah...


Insya-Allah iftar akan kita amalkan setiap minggu hari khamis di masjid UniSel secara berjemaah dan isiqamah walau berdua...Bayaran buat masa ni masih kekal RM 5.00 tapi kalau minyak naik lagi x turun-turun, x boleh dah la kekal...bergantung kepada cuaca.


"Bang, mahalnya RM5.00...kalau makan kat kedai RM5.00 tu dapat nasi ayam dan milo ais. Tapi kalau time iftar lauk biasa dan air sirap je...pas tu x kenyak plak tu..kadang2 tu x cukup smp x dapat makan langsung..."


Kami serba salah kalau de y x dapat makan tp dah bayar...tapi terkilan gak yang datang makan tapi x bayar ( yang mampu bayar )... kami amat mengalu-alukan mereka yang tidak mampu untuk bayar datang bersama-sama bersama kami mengimarahkan program. Kerana mencari redha Allah itu yang kami lebih utamakan.


tetapi bagi mereka yang berkemampuan, seharusnya memahami sahabat-sahabat lain yang berkorban harta mereka. kerana RM5.00 sebahagian kecilnya adalah sedekah kepada mereka yang tidak berkemampuan. menampung mereka. bukan menampung yang berkemampuan. apakah kita sanggup menzalimi sahabat2 kita lainnya?


Apa yang dikejar, apa yang dicari bukanlah keuntungan, bukanlah kemegahan, bukanlah nama, bukanlah juga kebanggaan. kami mengharapkan redha Ilahi kerana mengerti dengan gajaran Syurga Allah.


Marilah wahai sahabat-sahabat ku, kita bersama-sama menegakkan sunnah Rasulullah saw dikala manusia melupakannya. walaupun tidak mampu berpuasa, hadirlah juga meraikan sahabat-sahabat kita yang berpuasa kerana besar pahalanya disisi Allah. dan marilah bersama-sama berniat berpuasa kerana kalau x berpuasa tapi dapat pahala niat.


1 comment:

Durratul Hikmah said...

salam..nice blog..teruskan p'juangan dlm dakwah siber ni.semoga dgn ilmu yg ade bolehla dikongsi b'sama.bittaufiq wan najah..wassalam.